KAMI ADALAH SOAPHORA
Kami adalah barisan pakar pengeluar produk sabun botanik yang sesuai digunakan oleh semua orang - dan menjadi pilihan utama seisi keluarga
DARI BILIK RUMAH KE PASARAN LUAR
Kami memulakan perniagaan sabun botanik di Setiu Terengganu, Malaysia dengan membuat sabun botanik untuk keluarga dan kawan. Bermula dengan kecil-kecilan di bilik berasingan dalam rumah kami. Kami bercadang untuk memperkenalkan produk sabun harian alami dan organik serta sangat bagus untuk kulit dimana anda tak pernah menggunakannya sebelum ini, dan perniagaan ini berkembang dari situ, kini kami dah membuka jualan secara online! Kami mengeluarkan produk sabun semulajadi, organik dan sihat secara homemade yang sesuai digunakan dan mesra kulit, tetapi kami juga sedar dan peka dengan keselamatan diri pengguna. Kami telah berjumpa dengan ramai orang yang mengalami masalah kulit sensitif dan alergik yang berpunca dari tindak balas kimia terutama dalam menggunakan produk harian mereka. Disebabkan itu kami membuat produk sabun daripada bahan alami. Selain itu, kami turut memastikan ianya buatan tangan dan pengeluaran terhad serta dengan kualiti yang bagus. Apa yang penting adalah setiap kali pengguna membeli mereka akan memberikan reaksi yang positif malah ada pengguna yang sering membeli mereka turut memperkenalkan produk sabun kami kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang lain. Pilih satu sabun botanikal kegemaran anda di kedai online kami dan anda akan rasai sendiri kelainan resepi setiap produk sabun alami ini ada uniknya yang kami ciptakan untuk anda.
Manfaat sabun BOTANIKAL
Dengan cara menukarkan produk Anda kepada sabun botanikal anda mula menerapkan penggunaan sabun alami pada tubuh Anda setiap hari, Anda boleh mendapatkan berbagai macam manfaat kesihatan. Sabun botanikal buatan tangan dari berbagai sumber semulajadi alam, seperti minyak nabati dan butter yang kaya nutrisi, vitamin, dan antioksidan. Ini adalah jenis bahan yang mesra kulit, rambut, dan tubuh secara umum.
Sabun botanik juga ada kandungan tambahan yang luar biasa berasal dari tumbuhan seperti ekstrak tumbuhan dan minyak essense. Dengan banyaknya pilihan dan kombinasi yang berbeza, Anda dapat menyesuaikan jenis aroma dan manfaat sabun yang sesuai dengan keperluan peribadi masing-masing.
Sabun botanik juga ada kandungan tambahan yang luar biasa berasal dari tumbuhan seperti ekstrak tumbuhan dan minyak essense. Dengan banyaknya pilihan dan kombinasi yang berbeza, Anda dapat menyesuaikan jenis aroma dan manfaat sabun yang sesuai dengan keperluan peribadi masing-masing.
RINA OMAR
Founder & COO Sabun Botanikal